Tuesday 22 November 2011

Info Kacang Soya


Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur. Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin. Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung. Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga. Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian. Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur



Info Aloe Vera


Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah Jel aloe merupakan anaesthetic yang ringan, dimana ia dapat mengurangkan rasa gatal, bengkak dan sakit. Ia juga merupakan bahan anti bakteria dan kulat serta dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang luka dan mengalakkan pembentukan fibroblast. Ia juga mempercepatkan tisu kulit yang terbakar sembuh. Ia mempercepatkan penyembuhan luka, berbanding jika dirawat secara biasa ( standard dressing ). Jus aloe vera berkesan menyembuh cirit berit, keracunan usus dan ulser gastrik. Ia dapat mengurang paras gula bagi pesakit kencing manis. Ia dapat mereda dan melambatkan kesan tindakan virus HIV-1, virus yang dikaitkan dengan penyakit AIDS. Ia juga cepat meredakan demam panas pada kanak-kanak


Info Ikan Paus


Sejak bila ikan paus wujud? Fosil ikan paus yang ditemui di bumi ini menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh juta tahun yang lalu. Namun begitu paras aintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu. Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuk 11 spesis ‘baleen whales’ dan 69 spesis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba. Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang dikenali sebagai ‘Chinese river dolphin’ yang tinggal di kawasan air tawar. Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang amat bijak kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaannya itu masih belum dibuktikan





Monday 21 November 2011

Bidang-bidang Sains

Terdapat berbagai-bagai bidang sains, antaranya ialah:

Sains Tulen
§  Astronomi
§  Biologi dan Perubatan
§  Fizik
§  Kimia
§  Sains Bumi
§  Sains Komputer

Sains Sosial
§  Antropologi
§  Ekonomi
§  Ekologi
§  Etimologi
§  Komunikasi
§  Linguistik
§  Psikologi
§  Sosiologi
§  Pendidikan

Apa itu Sains?

Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada Bahasa Latin,scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.
Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains. Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.
Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat. Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.