Saturday 10 December 2011

KENALI TOKOH | JABIR IBNU HAYYAN : BAPA KIMIA DARI DUNIA ISLAM


Latar Belakang Tokoh
Nama sebenar ‘Bapa Kimia’ Jabir Ibnu Hayyan adalah Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi, seorang doktor bangsa Arab yang unggul menguasai lebih daripada satu cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu di bandar Kufah dan Baghdad. Beliau adalah seorang ahli kimia pertama dan terunggul serta lama berkecimpung dalam bidang tersebut. Status Jabir bin Hayyan serta peranannya dalam pembangunan ilmu kimia adalah seperti penciptaan amali teori yang khayali kepada fakta sains. Ini telah menobatkan beliau sebagai ahli kimia Arab.
Jaber Bin Hayan dianggap sebagai seorang pujangga dalam penciptaan asas saintifik kimia moden dan buktinya disaksikan berdasarkan kata-kata para sarjana Barat sendiri. Ilmuan perancis bernama Berthelotmengatakan: “Bandingan kepakaran Jabir dalam kimia adalah umpama kepakaran Aristotles di bidang ilmu logic”. Ahli falsafah Inggeris Francis Bacon pula pernah berkata bahawa Jabir bin Hayyan adalah orang yang pertama memberi pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan beliau dianggap seorang bapa dalam bidang kimia. Seorang orientalis Jerman, Otto Meyerhof pula mengatakan bahawa Jabir telah mencipta satu anjakan evolusi dalam perkembangan ilmu kimia di Eropah. Ia merujuk kepada ketokohan Jabir bin Hayyan secara langsung dan bukti terbesarnya adalah banyak istilah yang diciptanya digunakan dalam pelbagai bahasa di Eropah.
Sebelum ilmu kimia diiktiraf sebagai suatu ilmu yang hebat ia dianggap sebagai suatu yang penuh dongengan dan sangkaan semata-mata  di kalangan masyarakat Arab.Pakar-pakar kimia  Islam mengesahkan bahawa segala jenis logam berasal daripada suatu unsur dan tdak ada perbezaan di antara satu sama lain, kecuali jika unsur tersebut dicampuradukkan. Apabila unsur tersebut dianalisis dan disebatikan dengan unsur yang lain,ia menghasilkan suatu logam yang baru seperti emas dan perak. Perspektif yang pelbagai ragam daripada ulama-ulama ini menghasilkan beberapa pendapat,ke arah mencari hakikat dan mengenal rahsia ilmu itu sendiri.
Jabir yang dikenali sebagai Gaber oleh masyarakat Barat banyak meninggalkan buku karangannya dalam ilmu kimia antaranya buku Al-Rahman ,AL-Tajmek dan AL-Zikbak Sharki serta kitabnya yang paling penting  dalam ilmu kimia iaitu Al-Istitmam. Kitab ini telah diterjemahkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1672. Pada kurun ke-18, kitab beliau yang bertajuk Al-Sabaaen diterjemah. Hal ini menunjukkan betapa besarnya sumbangan beliau dalam lapangan ilmu pengetahuan hingga ke hari ini.
Kejayaan Jabir dalam bidang kimia tidak hanya tinggal teori yang terkandung dalam bukunya sahaja malah beliau mempraktikkannya melalui uji kaji makmal seperti mana ahli-ahli kimia pada zaman sekarang ini. Jabir juga menjalankan uji kaji terhadap setiap unsur bahan-bahan kimia dengan mencampurkan kesemua unsur-unsur kimia serta beliau juga berjaya menggnakan unsur-unsur logam mentah dalam kerja uji kajinya.Lebih membanggakan lagi beliua berjaya membuat kajian mengenai racun dan penawarnya. Dalam kitab Al-Sabaaen beliau telah membahagikan racun kepada tiga bahagian iaitu racun binatang, racun tumbuh-tumbuhan dan racun batu batan.Segala penemuan beliau adalah kajian dan pengamatan yang tidak pernah kenal erti jemu.
Sejak awal perkembangan ilmu kimia, banyak buku tulisan beliau telah diterjemahkan oleh orang Eropah ke bahasa Latin.Kepakaran beliau diiktiraf dan beliau juga menyaingi ahli falsafah mantik Aristotle.
Kemajuan dan kemampuan ilmuan-ilmuan Islam telah memberi ruang kepada orang-orang Eropah dalam lapangan kimia  dan mereka juga tidak akan dapat mempelajari dan memberi pendapat-pendapat baru dalam bidang kimia ini.Banyak kenyataan-kenyataan yang membuktikan orang Arab adalah lebih terkehadpan berbanding Eropah dalam bidang kimia.Hal ini dapat dilihat melalui istiliah kimia itu sendiri yang berasal dari perkataan Arab.Ia di sebut dalam bahasa Perancis sebagai al-cime dan dalam bahasa inggeris sebagai chemistry begitu juga dengan perkataan alkawiyat menjadi alkali dan perkataan al-ambiek menjadi alembic.

b� u r u 7 �A9 >Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah:
1.    Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2.    Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
3.    Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.


No comments: